Totok Punggung

Apakah itu terapi Totok Punggung NSVT ? (Nerve and Spinal Vibration Therapy)

NSVT ialah satu kaedah terbaharu untuk membantu kesembuhan dari berbagai penyakit, baik akut ataupun kronik dengan cara membetulkan sistem saraf yang terganggu di sepanjang tulang belakang yang mana saraf2 tersebut berhubung langsung dengan organ2 tubuh, baik dirongga perut, rongga dada, kepala atau bahagian2 tubuh lainnya.

Dalam ilmu perubatan moden masalah ini belum pernah “disentuh” secara nyata kecuali yang berkenaan dengan penyakit slipped disc: gangguan persarafan di tulang belakang terutama disekitar lumbar yang disebabkan kedudukan saraf yang terjepit kerana kecederaan di tulang belakang yang berakibat sakit di pinggang, di punggung atau sakit dan kebas kaki bahkan susah untuk berjalan.

Adapun penyakit2 lain seperti; diabetic, gout, jantung, gastrik dan lain sebagainya tidak pernah dikaitkan dengan gangguan fungsi saraf dan pembuluh darah di tulang belakang, tetapi kebanyakannya faktor makananlah yang ditunding sebagai punca kepada penyakit2 tersebut.

Awalnya totok punggung ini berasal di Indonesia beberapa tahun yang lalu ketika Ust Abdul Rahman (Grand master) pergi berkelah ke suatu daerah di kawasan Jawa Barat, sampai disuatu tempat terjadi kecelakaan.

Salah seorang kawannya terseliuh tangan hingga tidak boleh diluruskan, setelah ditotok di bahagian tertentu disekitar belikat sekitar 1/2 jam oleh seorang tua di kampung tersebut, tangannya berfungsi kembali seperti biasa dan boleh berbasikal juga tanpa sebarang kesakitan dan halangan.

Ust. ini terkesima dan terheran2, yang sakit tidak disentuh sama sekali tapi kenapa boleh sembuh sepenuhnya dan dalam waktu yang begitu singkat pula?

Bermula dari situlah beliau sering membawa saudara, kawan2 dan handai taulan untuk berubat dengan berbagai keluhan penyakit dan kebanyakan keluhan2 itu sembuh dengan izinNya tanpa memberikan apa2 ubat dan tanpa menyentuh tempat yang sakit.

Sejak itu pradigma baru tentang kesihatan ini bermula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *