Apakah itu terapi Totok Puggung NSVT (Nerve and Spinal Vibration Therapy)?
NSVT ialah satu kaedah terbaharu untuk membantu kesembuhan dari berbagai penyakit, baik akut ataupun kronik dengan cara membetulkan sistem saraf yang terganggu di sepanjang tulang belakang yang mana saraf2 tersebut berhubung langsung dengan organ2 tubuh, baik dirongga perut, rongga dada, kepala atau bahagian2 tubuh lainnya.
Dalam ilmu perubatan moden masalah ini belum pernah “disentuh” secara nyata kecuali yang berkenaan dengan penyakit slipped disc: gangguan persarafan di tulang belakang terutama disekitar lumbar yang disebabkan kedudukan saraf yang terjepit kerana kecederaan di tulang belakang yang bearakibat sakit di pinggang, di punggung atau sakit dan kebas kaki bahkan susah untuk berjalan.
Adapun penyakit2 lain seperti; diabetic, gout, jantung, gastrik dan lain sebagainya tidak pernah dikaitkan dengan gangguan fungsi saraf dan pembuluh darah di tulang belakang, tetapi kebanyakannya faktor makananlah yang dituding sebagai punca kepada penyakit2 tersebut.